.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
Pregnancy Journey Part 2.
Sep 6, 2017 | 3:39 PM | 0 comments
Assalamualaikum, everybody. 

We meet again. I know, semua orang mesti eksaited nak tunggu Part 2 kan? Hmm no? Or I sorang je yang eksaited nak cerita? Haha. Tak kira k, korang kena eksaited jugak macam I 😝😝

Okay, so balik dari klinik hari tu, I terus call Jebat. Suruh dia balik Bangi. Dia memula macam hesitate lah jugak sebab yelah jauhkan Kota Damansara tu (jauhlah sangat, puihhh). Tapi I cakap I tak sihat, need him by my side bla bla bla mintak dia balik jugak even bukan weekend pon, dia pon oklah baliklahhhh dah sayangg kannn hahahaha. 

Malam tu I pon dah tak ingat macam mana I bagitau dia yang I pregnant hahaha since dah lama sangat kan sape je entah yang boleh ingat 😔 Tapi Jebat macam tak percaya memula sebab before ni I memang suka main main 😂😂 Lepas dah tunjuk pregnancy test tu barulah dia percaya hihihi. 

My pregnancy journey actually biasa biasa aje, takde pon muntah muntah morning sickness bagai tu. Awal awal tu adalah sikit rasa mual tak selesa tekak and I keep on having light fever, tapi even mual pon selera makan I okay je. I start pergi checkup masa 7 weeks kot, and masa tu berat I 56 kg. And a month after that, naik ke 61 kg, terus kena bebel dengan nurse eh. Hahaha. Hamek kau 5 kg naik dalam masa sebulan, kau ghase cemana aku melantak? So pengajaran yang I dapat kat sini, mengandung tak semestinya kena ada morning sickness tak selera makan and so on yang macam kita tengok dalam TV tu eh. Banyak sangat dalam TV tu membongak je, betulnya tak pon. Tapi memang betul ada jenis teruk alahan sampai kena masuk hospital dehydrated macam cousin I, cuma takdelah semua orang. So I considered the lucky ones lah jugak since takde alahan langsung, melantak macam orang gila. Everyday kat ofis kalau tak nampak I mengunyah memang tak sah. 

So since berat I naik dengan begitu jayanya, I terpaksa minum air gula and to cut the story short, I ada GDM (yeay to me!) GDM ni short form untuk apa entah I pon dah lupa tapi senang cerita I ada kencing manis ketika mengandung, haa gittew nama melayu dia. 

Everytime pergi check up nurse akan nasihat kena control makan, tak boleh makan banyak sangat, tak boleh tu, tak boleh ni, tapi ada ke I dengar? Nan hado! Hahaha. I tetap makan macam tiada hari esok ye. I pikir daripada aku mengidam, baiklah aku makan, hati pon senang, mak tak stress noks. Alhamdulillah sepanjang pregnant I punya issue cuma GDM je. Takde problem darah rendah, darah tinggi, tak cukup darah, terlebih darah, and etc. I noticed mostly kawan kawan I yang pregnant sekali mesti mengadu cakap nurse bising HB rendah, so I was like hmmm HB I okay je, so I tak taulah kenapa tak sama, maybe sebab I kuat makan kot 😂😂😂 




Old things