.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
Thoughts for the night.
Mar 5, 2012 | 11:22 PM | 1 comments

Hai stalker stalker sekalian.

Sekarang ni saya tengah study leave, so tetiba terpikir nak hapdet belog.

Hmm alhamdulillah segala assignments dan presentations dah pon selesaii. Cuma tinggal presentation short film je, tapi itu lambat lagi, so tanak pikir lagi. muahaha.

Hari tu my viva broke down lagi. Hmm tetiba macam nak mintak Ford Fiesta dekat ayahanda. Hikhik. Sekarang ni dah tak minat dah dekat Honda Jazz. Bila nampak Fiesta, terus menjerit dekat Encik Boyfriend. Kesian beliau terpaksa menahan telinga mendengar jeritan saya yang macam halilintar tu. Kehkeh.

Hidup ni tak selalunya indah. Same goes to me. Hari hari saya di Melaka tu tak semuanya best, tapi saya pasti, saya mesti akan rasa rindu gila dekat awak, Melaka, bila saya habis belajar Oktober nanti. Awaklah tempat saya belajar makan banyak banyak sampai berat saya naik dengan begitu drastik. Haha. Awaklah tempat saya pertama kali berjumpa dengan Encik Boyfriend. Awaklah tempat di mana saya belajar kawan baik adalah kawan yang tak pergi mana mana ketika anda kesusahan. Awaklah tempat saya belajar untuk berjimat cermat. Awaklah tempat saya belajar carik duit sambil study. Awak ajar saya macam macam, and saya nak awak tahu, yang saya takkan sesekali lupa dekat awak :)

Kadang kadang saya bersyukur dapat UiTM Melaka. Saya perasan, kitorang je yang agak mementingkan senioriti compared dengan Universiti lain. Serius. Ada tak universiti lain bagi korang nama blok? Haha. Actually saya pon takde, tapi kolej lelaki semua ada. Saya memang salute, diorang kenal semua satu belok tu. Bayangkan satu belok ada 4 tingkat, 1 tingkat ada 2 wing, 1 wing ada 12 bilik. Haa tak mampos kau nak kenal sekor sekor malaun kat dalam belok tu? Kitorang ada induction belok, induction faculty, dan segala macam jenis induction lagi. Haha. Yang induction belok kena mandi air sampah (kolej lelaki), yang induction fakulti kena mandi air kopi + tepung. Haha.

Masscomm memang banyak drama. Tapi, dalam banyak banyak drama tu, i found true friends yang akan stick through thick and thin. Aishh gaya macam dah nak grad padahal ada lagi satu sem. Haha.

Ohh Ahad depan abang saya yang no 3 tu akan bertunangg. Yeahh, akhirnyaa kakak ipar pertama dalam family. Hihi. Dengar cerita, insyallah, diorang nikah akhir tahun ni. By that time, saya dah habis belajar dah, so bolehlah tolong sikit sikit persiapan kahwin. Sebab yang tunang ni pon, saya takde tolong apa apa sebab busy sangat dekat Melaka tu. Dah sebulan lebih, baru dapat balik Bangi. Sobsob. Plus, entahlah, bila balik rumah ni, keinginan untuk meroyan agak meninggi sikit, tak tahulah kenapa.

Sekarang dah bulan Mac kan, so bermakna, dah tiga bulan Kak Long Kak Ngah meninggalkan alam pra sekolah. Ya Allah, serius rasa rindu gila dekat diorang. Tak tahulah kenapa nak over, padahal bukan anak sendiri pon. Haha. Entah hape hape ntah kan. Haha. Mungkin sebab dah tiga tahun attach kot, tu yang rasa macam anak sendiri (ayat cover).

So final exam saya start 14hb Mac, and saya ada 4 paper, and gap between paper sangatlah jauhh. Yeahh, jadi tak pressure and boleh datinggg. Hikhik.

Hmm tu je kot update buat masa sekarang ni. Salam, and goodnite semua :)






Old things | New things