.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 23.3: yang anehlah yang paling kita rindu.
Nov 3, 2010 | 12:42 PM | 5 comments

Aku nih ada hobi hobi yang sangat pelik. Entahlah, tapi aku rasa pelik. Mungkin sebab agak ketandusan kasih sayang dekat rumah(?), jadi bila dok hostel mulalah jadi tak betul sikit.

Dulu, masa zaman Matrikulasi, setiap kali aku dengan roommate aku, Ain Mohamad, ada masa lapang, kitorang suka duduk atas katil rapat rapat lepas tu konon konon berborak isu isu wanita dewasa. Umur berapa nak kahwin, anak nak berapa, macam mana nak bagi kurus badan, macam mana nak mantain kurus lepas bersalin, perasaan nak menghadapi malam pertama nanti, dan macam macam lagilah. Kadang kadang, Ain tengah sibuk buat tutorial, aku datang menyemak, ajak borak borak. HAHAHA. Jahatkan aku?

Lepas tuh, bila masuk Universiti, bertambah pelik jadinya hobi aku nih. Dah kuranglah borak borak pasal isu isu wanita nih, tapi benda lain pulak yang timbul. Aku dengan roommates aku, Kak Yana, Kak Madi, Jija, suka tengok movie. Hampir setiap malam macam tuh. Memanglah tengok movie tu bukan hobi yang pelik. Tapi yang peliknya, kitorang suka hafal dialog movie movie yang kitorang dah tengok. Sangat best. Dah jadi macam satu kepuasan bila dapat hafal dialog. HAHAHAHA. Movie yang selalu kitorang ulang tayang ialah Devil Wears Prada dan Bride Wars. Tapi movie movie lain pon kitorang layan.

Jadi setiap kali kitorang tengok balik movie movie yang dah dihafal dialog tuh, masing masing nak ikut cara pelakon tu bercakap. Kalau sampai situ je takpelah, tak kisah sangat. Ini kadang kadang tengah dok busy buat assignment, ataupon tengah syok syok kudap kudap keropok ikan dan biskut beras, adalah salah seorang daripada kitorang tetiba je sebut dialog dan masing masing yang lain sibuk meneka daripada movie yang mana. Takpon ikut sambung dialog tuh.

Sekarang nih, Kak Yana dengan Kak Madi dah takde. Senior lah katakan, kenalah duduk luar, tak boleh duduk hostel lagi. Jadi yang meneruskan hobi pelik nih tinggallah aku dan Jija aje. Junior baru kitorang yang ganti tempat Kak Yana dan Kak Madi tak berapa nak mengikuti sangat. Diorang segan kot.


Bila rindu nak tengok movie sama sama, facebook lah jadi medium kami.
:)

Rindu nak tengok movie depan laptop 4 orang macam semester lepas.






Old things | New things