.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 22.11: mencari yang satu.
Oct 11, 2010 | 11:59 AM | 0 comments

Salam sejahtera, salam syawal, serta salam comel buat anda anda sekalian. Kejap lagi saye dah nak berangkat pulang ke Melaka. Harap haraplah kelas BEL260 petang nih cancel. Boleh aku balik lambat sikit. hikhikhik. sebenarnya macam takde point pon saye balik, sebab minggu depan nak kembali ke rumah semula, study week. Hoho. Boleh tak nak stay dekat Bangi sampai exam week nanti je? Jimat sikit duit minyak duit tol semua.

Saye sebenarnya dah bosan dah asyik drive turun naik turun naik Bangi - Melaka, Melaka - Bangi. lepas nih rasa macam nak hire seorang encik jejaka kacak jadi drebar. Hoho. Ada 4 ciri yang perlu ada pada encik drebar tuh. Pertamanya, mestilah KACAK. Ini amatlah penting sebab kalau kalau tengah lalu dekat jalan yang hutan hutun tuh, mesti boring kan? Jadi kekacakan encik drebar sedikit sebanyak boleh membantu saye menghilangkan rasa keboringan yang datang secara tiba tiba. Keduanya encik itu perlulah TINGGI. Tinggi nih saje je nak letak. Lelaki tinggi kan nampak lagi macho. Hikhikhik. Ketiganya PERAMAH. Jadi nanti dalam kereta takdelah rasa bosan dull gloomy segala bagai semua tu kann. Keempat, beliau juga perlulah seorang yang TAK MERUNGUT. Haa gitu. Jadi bila tuan beliau yang comel ni arah arahkan sesuatu, beliau dengan senang hati terbuka jiwa menurut sahaja. Yang terakhir, encik drebar tersebut perlulah bersifat ZUHUD. Hoho. Sebab tuan beliau punya kereta hanyalah sekadar Perodua Viva. Jadi apabila encik drebar mempunyai sifat zuhud, beliau tidak akan berasa segan ataupun terancam kalau kalau terlihat BMW 5 Series, ataupon Porscher Carrera ke kan, tengah memotong Viva yang dipandu beliau. Apa? Tak tahu zuhud tu ape? Hampeh lah anda anda sekalian nih. Tapi takpe. Segalanya di hujung keyboard anda. Sila tanya Encik Google untuk pemahaman yang lebih terperinci.

Eh, kejap. Bila saye buat proofread perenggan atas nih, rasa macam nak cari bakal suami pon ada jugak. Hoho. Senang senang carik jelah terus kan. Suami merangkap encik drebar. wahhh kelas gitu. Tak payah bayar gaji. Save dah duit elaun bulanan saye. Teheeeeee.

Baiklah anda anda, dan jugak anda yang dekat hujung tuh, sampai di sini dahulu segmen merepek merapu kita pada hari ini. Sebelum anda meng'klik' butang pangkah di hujung atas belah kanan skrin anda, izinkan saye untuk menghiburkan jiwa rohani anda dengan satu artikel yang menarik. Sila klik sini. Semoga kita semua lebih berhati hati selepas ini. Sekian, terima kasih.













Old things | New things