.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 17.6: hari hari riang dan ceria.
May 6, 2010 | 12:18 AM | 3 comments

tepat pukul 12 tengah hari tadi exam final tamat. tapi aku keluar dewan pukul 10.30 pagi. sangat tak tahan memandang kertas soalan dan buku jawapan. soalan soalannya sangatlah tak comel. akibat daripada itu jawapan jawapannya pon ikut tak comel jugak. dan oleh yang demikian, terpaksalah fawh comel mentidakcomelkan diri buat seketika. err baiklah. ayat macam stok nak kena lempang aje. haha. sila abaikan wahai stalker stalker comel sekalian.

sekarang badan tengah sakit sakit lenguh. ini semua adalah angkara roommate tercinta, aziza kamarul zaman - sila cari beliau di facebook - yang mengheret fawh yang comel nih merentas lautan api dan segala onak duri untuk membeli belah di Jusco Melaka. akibat bajet yang lari sebab banyak shopping benda lain, fawh comel tak dapat nak melempiaskan nafsu makan beliau membeli j.co doughnut. jadi sekarang tengah berduka cita terpaksa menahan perasaan mengidam yang semakin membuak buak.

esok pagi akan memulakan perjalanan pulang ke Bangi Bandar Best diiringi ayahanda tersayang. perasaan sangat seronok sebab dah lama tak jenguk bilik tercinta. hati pon jadi riang gumbira eventhough fizikal lenguh lenguh belaka.

terfikir nak cari kerja isi masa senggang selama 2 bulan dekat rumah dan rasanya dah dapat dah pon. hehe.

dan, oh, tak lupa jugak nak jumpa encik janggut tersayang. dan mereka mereka yang jauh di mata tapi sangat dekat di hati :)










Old things | New things