.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 16.17: sesat di kuala lumpur.
Apr 17, 2010 | 9:44 PM | 2 comments

mari kita noob fawh comel beramai ramai.

baiklah stalker stalker sekalian.
untuk pengetahuan anda, fawh yang comel nih tak reti naik pengangkutan awam. beliau cuma reti naik ktm sebab ktm ajelah yang dekat dengan rumah beliau. jadi bila terpaksa menggunakan pengangkutan awam selain dari itu, fawh comel jadi culture shocked. bila culture shocked, beliau jadi panik. bila panik, beliau tak tentu hala. bila tak tentu hala, beliau jadi ghairah. haa? apekah? oke oke saje je nak bagi korang cuak.hahaha.

tadi fawh comel naik tren rapid kl nak pergi bandar tasik selatan dari bukit jalil. tengok punya tengok punya tengok peta tren tuh, dengan bermuka konfiden dan bersemangat waja, fawh comel menonong jalan ke arah si encik tangga bergerak yang ada papan tanda "sri petaling".

muka terus ceria meria seperti kanak kanak dapat duit raya RM1 bila nampak tren. hati tambah teruja bila nampak banyak seat kosong. tengah syok syok layan perasaan teruja, terfikir nak tengok peta tu balik. dan di situlah fawh comel baru tersedar akan ke-NOOB-an beliau. sri petaling tu stesen tren terakhir. ahhhhh neraka betul!!! aku dahlah lambat nihhh!!!!








Old things | New things