.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 4.15: Hari Mencarut Sedunia.tertakhluk kepada terma dan syarat
Apr 15, 2009 | 8:09 PM | 0 comments
testing.testing.testing 1,2,3.

post kali ini adalah mengenai diari perjalan Fawh pada 15 April 2009.tapi sebelum itu,sila beri laluan kepada tag dari Faizah ye.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

.ceritera fawh.sebab beliau HEBAT.macam fawh juge.hihi.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

.http://fawh91.blogspot.com/. masa tuh main taip je.tade idea lain dah.


3.) Apakah method dalam penulisan blog anda?

.bahasa baku yang sedikit pasar kandungannya.


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

.belum lagi.esok-esok kot.


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

.faizah.kawan baru tuh.heheh.blog beliau simple.eazy peazy.


6) senaraikan calon yang akan di tag:

.fatihah fatihah fatihah.

*bila nak balik malaysia ni?aku dah tak sabar nak ole-ole aku.*


6.00 pagi: seperti biasa,jam henfon bunyik.aish,kacau je.off alarm,then pergi mandi. bersiap-siap nak pergi kerja.

6.55 pagi: baru keluar rumah.pergi Dahlia ambik kawan Asyraf.then terus ke komuter Bangi, drop Abang kat situ.

7.05 pagi: perjalanan diteruskan dengan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi.

7.15 pagi:sampai sekolah.Asyraf dan kawan beliau turun dari kereta.masuk ke sekolah tercinta.

7.40 pagi: aku suruh Abah singgah gerai tepi jalan.beli nasi lemak.terpikir nak sarapan kt ofis nanti.

7.50 pagi: call Madi nak tanya macam mana beliau setelkan hal beliau dengan Hopsital Serdang.*panggilan penuh dengan unsur-unsur carutan yang sederhana melampau*

8.05 pagi: sampai Fakulti Kejuruteraan,UPM.masuk je ofis HRC nampak Kak Mia tengah duduk kat situ tunggu Mak Cik Awi.bilik kunci.beliau tak tahu pekerja HRC ada kunci bilik.hihi.kelakar sangat. kesian beliau tunggu lama.tapi padanlah jugak dengan muka beliau.selalu asyik datang lambat je.

9.00 pagi: ada meeting sekejap.nak briefing pasal kerja untuk sepanjang minggu ni.

11.15 pagi: Abah call.cakap beliau dah keluar ofis.so kejap lagi akan sampai UPM.

11.40 pagi: Abah dah sampai.aku bagitau Mak Cik Awi nak keluar lunch awal sikit sebab ada hal peribadi yang nak disetelkan.

12.00 tengah hari: explorace hari ini tiba ke check point yang pertama; Hospital Serdang.on the way nak ke klinik ortho,aku terdengar namaku dipanggil.aku seperti uikss! sapekah?? apekah aku terlalu feymes sehinggakan orang dekat hospital pon kenal aku? masa tu tak pakai spek.jadi tak dapat cam empunya suara.nak kata suara Abah,impossible. ayah aku lelaki ye untuk pengetahuan tuan puan sekalian.si empunya suara semakin dekat.oh,Safi rupenye.haha.kawan aku punye kakak.buat saspen je Safi ni.

12.15 tengah hari: berborak serius dengan pegawai dekat kaunter klinik tu.beliau konon bajet sibuk,berlagak bergerak ke sana ke mari guna kerusi beroda.eleh, kecoh!aku pon ade jugaklah. tak lama lepas tu,beliau cakap,appoinment 6/5 dan aku dah DAMN!bulan 5?! apekejadahnye?lesen L aku luput 12/5.sempat ke?isk3. moral of the day:aku patut sepak je muka beliau.

12.40 tengah hari: explorace diteruskan lagi.kali ini ke check point yang kedua; bank Tabung Haji Kajang.lepas dah isi borang baru Abah perasan.buku bank aku under ic Mak,jadi besar kemungkinan duit tak boleh keluar unless Mak ada sekali. dan lagi sekali aku DAMN!jadi dengan perut yang berkeroncong irama ghazal,aku dan Abah keluar daripada bank dan menuju ke gerai berdekatan bagi menghentikan irama tersebut.lepas makan call Mak.suruh beliau datang Tabung Haji Bangi.isu bank ni nak kena setel hari ni jugak.

1.00 petang: terus ke check point yang ketiga;Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.on the way tu call Teacher Huda,bagitau beliau aku nak datang ambik sijil berhenti sekolah.sambil-sambil tu borak dengan Abah pasal betapa lousy nya service hospital kerajaan.haha.

1.15 petang: jumpa Teacher Huda dekat depan Dewan Tun Sri Lanang.beliau mengantuk. haha.lepas ambik sijil dari kereta beliau,kami borak-boraklah sikitkan.aku kan diantara anak murid kesayangan beliau dulu.hehehe.

fawh: teacher,u kena belanja i makanlah.

teacher: (muka terkejut tahap karma) kenapa pulak??

fawh: because i dapat A1 for BI.

teacher: eleh,yang tu i tak heran.u punye 1119 dapat berapa?

fawh: 1119 i dapat A2 oke.

teacher: (terkejut lagi)yeker??

fawh: tak percayalah tu!

teacher: (tersengih)ha,tu lah!kalau u dengar cakap i dulu,sure boleh dapat A1.

fawh: (cis!)hahaha.

1.25 petang: pergi pejabat pulak.

fawh: cikgu HEM ada tak?

kerani: cikgu HEM cuti sakit.

fawh: alamak.pengetua ada?

kerani: pengetua baru je keluar.

fawh: (damn damn damn)takde.saya ex-student last year.so nak mintak tolong HEM or pengetua sign kan surat for my scholarship application.

kerani: tinggalkanlah kat sini.nanti saya boleh suruh beliau sign kan.

fawh: takpelah.terima kasih.

dengan hati yang penuh kecewa dan duka,aku kembali ke kereta.isk3.macam mana ni??surat tu before 21 April nak kena hantar.hari ni dah 15.wuwuuwuuu. melepaslah aku nak biasiswa 8tv.wuwuuuwuu.

1.45 petang: check point keempat;Tabung Haji Bangi.masuk-masuk tengok Mak dah ada.Abah pulak pergi surau.so aku dengan Mak setelkan hal bank.dalam 15 minit camtuh,setellah satu perkara.oleh sebab tunggu Abah lama sangat,Mak balik dulu.so aku pun sorang-soranglah tunggu Abah.

2.05 petang: baru nampak muka Abah tercinta tu.then masuk kereta terus head off ke UPM balik.aish.dah lambat ni.hoho.lunch time habis pukul 2.

2.15 petang: aku pun sampai ofis.tamatlah explorace untuk hari ini.masuk je ofis terus siapkan kerja-kerja yang tertangguh pagi tadi sampailah pukul 5 petang.


ps:waktu yang dinyatakan hanyalah sekadar anggaran fawh sahaja ye.harap maklum.


Old things | New things