.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 2.5: planning nak terjun sungai.mau ikut?
Feb 5, 2009 | 11:26 PM | 6 comments
pernah tak korang rasa geram pada diri sendiri?rasa seperti aku sangatlah tidak berguna.rasa seperti diri aku patut mati sahaja.

mungkin korang akan kata aku pelik.aneh.dan segala macam lagi perkataan yang seangkatan dengannya.aku sebenarnya tidak boleh melihat orang susah dalam kesusahan.aku memang tidak boleh.kerana aku akan berasa useless yang teramatlah sangat.serius.aku tak bohong.

contohnya seperti petang tadi.ketika dalam perjalanan ke komuter Bangi,untuk mengambil abang aku yang baru pulang daripada tempat kerja beliau,aku dan abah terserempak dengan dengan seorang penunggang motosikal yang agak berusia sedang berusaha menghidupkan kenderaan beliau itu.kasihan aku melihat.tambah kasihan apabila aku hanya mampu melihat tanpa berupaya untuk membantu.
kebetulan ketika itu lagi,sebuah kenderaan muncul dari belakang.terkial-kial beliau menuntun motosikalnya itu bersama muatan yang agak berat di tempat duduk belakang.

malang sungguh nasib si pakcik tu.motosikalnya rosak di tengah jambatan sempit,ketika matahari hampir terbenam.aku benci perasaan ini.aku tidak selesa.aku tidak suka hanya melihat.aku perlu membantu tapi aku tiadalah dayanya.

ketika dalam perjalan pulang,ufuk maghrib kelihatan bercahaya sirna di kaki langit.aku melihat pakcik itu sudah pun melepasi jambatan tapi wajah beliau menunjukkan seribu satu keresahan,keluhan,dan kepenatan.motosikal itu mati dan muatan dibelakangnya kelihatan besar dan padat jadi aku beranggapan ianya amat berat.

aku seperti hendak menjerit pada abah,tolonglah berhentikan kereta dan tolong pakcik itu.tapi aku tahu,abah tidak akan berhenti.bukan kerana beliau kejam.beliau tidak kejam.tidak sama sekali.tapi kata abah,berhenti di tengah jalan amat merbahaya.elakkanlah.

namun demikian,aku percaya.setiap kejadian ada hikmahnya bukan?pasti ada hikmah mengapa kejadian malang itu terjadi kepada pakcik itu.pasti ada hikmah mengapa aku berasa seperti ini setiap kali melihat orang dalam kesusahan.


Old things | New things