![]() I am happy Enough said ^_^ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Skin by Ayien
| adegan 2.1
Feb 1, 2009 | 11:44 AM | 5 comments
0h,adegan 2?wow,pantasnya masa berjalan(??).semalam aku pergi kelas teori 6 jam.hahaha.sedih gila jadi aku ni.start ambil lesen tahun lepas tapi asyik bertangguh je.alih-alih kawan-kawan aku yang ambil lagi lambat dari aku dah advanced pon.
memang penat tak payah ceritalah.rasa macam nak tercabut lutut(sekarang banyak post pasal lutut kn?). aku ingat nak ketuk lutut tu tapi abg azroi cakap ketuk lutut mandul.err,jadi aku pendamkan ajelah niat suci lagi murni aku tu. tapi ada satu insiden yang berlaku yang sangatlah menggelikan hati dan jiwa serta sanubari aku. semasa tengah menunggu sesi melihat enjin kereta,aku duduklah berdekatan dengan segerombolan jejaka-jejaka kurang kacak yang berasal dari kelantan(berdasarkan perbualan mereka).sambil-sambil tu jari-jemari aku ligat menaip sms.tengah-tengah tunggu mesej masuk,aku termenung sekejap.tak sampai 30 saat kemudian,salah seorang dari mereka seperti melambai ke arah aku.aku pun dengan penuh terkejut lagi terperanjat menolehlah ke arah si jejaka yang melambai tu.dengan tak semena-mena dia kelip mata kat aku.aku dengan muka penuh innocent pandang ajelah dia.senyum tak,masam pun tak. sejujurnya,aku memang tak tahu bagaimana nak berdepan dengan situasi-situasi sebegini.mungkin sebab aku jarang terkena.mungkin selama 17 tahun aku menyusahkan hidup orang lain ni,boleh kira dengan sebelah tangan je berapa kali aku dingurat.jadi maksima pun 5 kali ajelah.hahaha. menyedihkan.jadi setiap satu dalam 5 kali tu seperti itulah reaksi aku.blurr.aku hanya memandang selama beberapa saat tanpa senyuman atau masaman sebelum kembali kepada rutin sebelumnya.tapi aku rasa hebat juga reaksi aku tu.haha. kemudian,kelas aku tamat pukul 3.40 petang tapi oleh kerana mak aku dekat seremban,aku terpaksa tunggu hampir 2 jam dekat situ.cis,sudahlah kat situ banyak kawasan penternakan semut,memang mencarut-carutlah aku sambil menunggu.sesungguhnya semut itu adalah musuh anda yang nyata. dan malamnya pula kena pergi family dinner pula dekat kelab tasik putrajaya.banyak betul badut malam tu.aku rasa badut sangat menakutkan.dan menggelikan.entahlah.mungkin sebab masa kecik dulu pernah tengok cerita seram pasal badut jadi sampai sekarang rasa badut tu freaky.haha.aku macam jadi si pemerhati badut je malam tadi.ada seorang badut ni macam kiut aje aksi dia.sambil khusyuk mengusha badut tu aku terfikir,diorang ni suka ke jadi badut?seronok ke?kemudian aku terfikir pula gaji seorang badut.banyak ke?mungkin mereka ni takde pilihan lain kot.atau mungkin mereka memang suka tarik perhatian orang-orang terencat macam aku ni.haha. tapi,tapi,aku dapat belon bentuk bunga semalam.hahah.jadi agak bahagialah juga sebab aku tak pernah berpeluang dapat belon yang panjang yang boleh lipat-lipat tuh.aku sebenarnya nak yang bentuk love-love yang besar tu yang macam budak-budak lain punya tapi mungkin badut tu tengok aku ni dah besar jadi dia bagi aku yang kecil aje.cis.tak adil betul. |