.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 1.8
Jan 8, 2009 | 10:11 PM | 2 comments

mari,mari.aku mahu tunjukkan gambar-gambar pelajar di tadika.dan aku tahu,kalian juga akan bersetuju dengan aku yang mereka memang sangat mententeramkan mata(walaupun jiwa kacau-bilau dek melayan kerenah mereka).ya,aku yakin akan perkara itu.

hari ini,berlaku beberapa insiden(??) yang sangat menggelikan jiwa raga aku.sudah agak lama aku tidak gelak seperti hari ini. kesimpulannya,memang lawak gila babi(bahasa remaja zaman moden). aku in charge dalam memantau pelajar perempuan ke bilik air untuk bersiram setelah tidur petang,petang tadi.seperti biasa,aku perlu menjerit dan melolong seperti kuntilanak barulah mereka mahu bergerak(itu pun gerakan slow motion).sedang aku menyiapkan diri beberapa orang pelajar 4 tahun,beberapa orang pelajar yang sedang bersiram bergegas keluar dari bilik air sambil terjerit-jerit.aku bukan kepalang marahnya, sudahlah suara tinggal nyawa-nyawa ikan,mereka buat hal lagi.lalu aku bertanya(sambil menahan gelak melihat pelajar-pelajar itu yang masih lagi bersisa sabun pada badan).mereka terjerit-jerit berkata bahawa ada LIPAS di dalam bilik air.aku seperti hendak tergelak.saqeena,yang masih lagi berada di dalam bilik air (konon bajet berani agaknya) disuruh aku untuk meyiram lipas itu menggunakan paip getah.oh aku juga geli dengan lipas dan oleh kerana aku tidak menjumpai ridset,aku jadikan saqeena sebagai mangsa untuk membunuh lipas itu.masalahnya,lipas itu seperti seronok disiram air(mungkin lipas ini kegemarannya ialah mandi).

saqeena tidak berjaya membunuh lipas itu.malah,lipas itu terlepas keluar ke bilik tempat mereka menukar pakaian.jadi apa lagi,berlarilah budak-budak tu seperti nampak pocong melompat mengejar mangsa. lalu sebagai seorang cikgu yang prihatin,aku berjaya membunuh lipas itu menggunakan kerusi plastik sebagai senjata.isk, terbelah dua badannya.jadi,tamatlah riwayat seekor lipas.lalu, dengan jeritan,aku menyuruh mereka menghabiskan penyiraman mereka dengan segera.

namun,tidak sampai 5 minit,sekali lagi,mereka terlolong dan terjerit sambil tergedik-gedik keluar dari bilik air.aku sudah tidak tahan.apa pula kali ini?"cikgu!!!!!!!!!!!!!!ade lipas lagiiiii!!!!"ah,bukankah sudahku bunuh lipas itu?buktinya,itu mayatnya."ade lagi satu lipas cikgu!!!"kali ini,memang aku mahu gelak besar.tapi apakan daya,suara aku sudah jadi seperti suara miley cyrus.jadi tidak dapatlah aku gelak dengan nikmatnya.tapi banyak betul lipas dalam bilik air tu.haha.

sambil tebongkok-bongkok ketawa,aku berjalan menuruni tangga untuk meminta pertolongan.lalu,kak zah sambil tergelak mendengar cerita aku,bergegas mengekori aku menuju ke atas.ah,nasib baik ada kak zah.lipas yang kedua itu telah pun ditamatkan riwayatnya menggunakan selipar tandas.banyak betul kes pembunuhan pada petang itu.tapi kasihan si izzah,dek kerana lipas itu,dia sudah tidak mahu bersiram lagi.menangis-menangis apabila aku mengajak dia menghabiskan siraman.dengan putus asa,aku pakaikan dia baju. sudahlah,malas aku mahu paksa-paksa.

itu insiden pertama.insiden kedua pula,berkaitan si kembar irsyad dan irfan.irsyad suka menjawab,irfan pula agak pendiam.tapi kedua-duanya memang manja dengan aku.tadi irsyad duduk di atas riba aku.

fawh: irsyad,bile besa nanti nak kawen ngan cikgu tak?
irsyad: nak!
fawh: (wow,bestnyer aku!)Kawen dgn cikgu nana nak x?
irsyad: xnak!nak kawen dengan cikgu!
fawh: irfan,sini kejap.irfan nak kawen dengan cikgu x?
irfan: nak.
fawh: (aduh,lembutnye suare)mcm mane ney?irsyad pon nak kawen dengan cikgu jgak.
irfan: irsyad kawen dengan cikgu azizah.
irsyad: xnakk!!nak kawen dengan cikgu ney!
fawh: dengan cikgu aida nak x,irsyad?
irsyad: xnak!xnak!!

aku ajar mereka perkara-perkara yang tidak sepatutnya kan?haha. kalaulah mak dengar,memang sadaqallahulazimlah aku.kesimpulannya,aku memang diminati oleh kanak-kanak.apa lagi yang boleh dibuat,terima ajelah(poyo).tapi aku tak tahu nak pilih siapa.irsyad atau irfan?irsyad kot.irfan baik sangat.macam bosan pula.haha.tak lama kemudian, irsyad merajuk sebab kena marah dengan aku.kesian.hahah.tapi macam comel pula bila irsyad merajuk.

Do not look back and grieve over the past, for it is gone; and do not be troubled about the future, for it has not yet come. Live in the present, and make it so beautiful.












Old things | New things