.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 23.28: Siang hari pon kita kena berjaga jaga. Malang tu memang takde bau.
Nov 28, 2010 | 11:07 PM | 4 comments

Salam malam buat semua. Hari ini entry kita agak sedih. Jadi untuk dapatkan mood, sila bukak lagu Pergi nyanyian Aizat di Ares, iTunes, Winamp, atau ape ape aje playlist yang ade dalam hard disk kau tu. Ke kau ade lagu lagi sedih daripada lagu Aizat tu? Haa pasang jelah.


Eh kejap.

Ade ke 'salam malam' tu? HAHAHAHA. Selamba aku je kan nak invent invent phrase baru. Nasib baik aku comel. Jadi dimaafkan kot. Hikhikhik.

Okay tukar mood balik. BERTUKAR!


Tadi antara pukul 12.30 tengah hari hingga ke pukul 5 petang, rumah aku kena pecah masuk. Siang siang pon kau nak buat jenayah kan? Ciskek punye pencurik. Macam tau tau aje rumah takde orang.

Balik balik rumah petang tadi, tengok pintu depan terbukak. Pelik. Pelik. PELIK.

Sambil perasaan rasa macam seram seram suam kuku, kitorang masuk rumah, ayahanda bagi salam semua. Ingat takde apalah kot. Then, ayahanda bagitau, ade orang masuk. Habis semua almari laci kena selongkar. Bonda dengar dah takut takut. Jadi aku pon terpaksa ikut takut jugak. Hehehe.

Takut sangat mana tahu malaun malaun tuh still ada lagi bermastautin dalam rumah nih. Mana tau tengah dok syok main daun terup dalam stor tu. Takpon main Jutaria ke. Lepas tuh dengar je bunyik kitorang balik terus siap sedia dengan pisau ke senapang ke. HAHAHA. Nilah akibat banyak sangat tengok movie.

Duit semua hilang. Biasalahkan. Tapi laptop selamat. TV ade lagi. Mesin basuh. Basikal. LAGI PELIK. Janggut cakap pencurik tu buta IT. HAHAHA. Meja aku habis berselerak. Tapi alhamdulillah lah laptop sikit pon tak terusik. Selamat boyfriend kedua aku nih.

Then pukul 10.30 tadi, adinda tepon. Suruh amek beliau dekat KTM Bangi.

Aku pon siap siaplah keluar rumah pakai selipar semua. Tetibe jantung nih lup dup lup dup jeh. Tak penah penah aku takut keluar malam sebelum ni. Kalau ade pon, takut dengan hantu je. HAHAHA.

Masuk je kereta, aku terus bukak lampu. Nak tengok. Kot kot Encik Laknat tuh nyorok dalam kereta ke hape kan. Kereta kereta kat rumah nih memang tak berkunci. Tiba tiba....



Korang rasa ape jadi lepas tuh??


Takde ape pon. HAHAHA. Tapi aku still takut tau. Haa jadi aku pon terus tepon Janggut, suruh beliau teman aku drive. Jadi terpaksalah aku makin sayang kat beliau! Sebenarnya tak nak pon. HIKHIKHIK.

Sampai KTM, adinda aku tanya,

" Apsal bukak lampu ni? Tak silau ke?"

" Eh eh. Aku lupa nak tutup. Hehehe."


Nak tau ape yang paling pelik diantara yang pelik pelik tadi? Bonda saspek makhluk makhluk tak bertauliah tuh curik makan sekali. Sebab ikan masak asam pedas atas meja tinggal sepotong je. Padahal sebelum keluar rumah pagi tadi ada banyak.

Bertuah diorang. Duit dapat, makan pon dapat.




adegan 23.27: Satu lagi fenomena terhebat. DDR pon kalah nih !
Nov 27, 2010 | 8:53 PM | 4 comments

Apsal tajuk macam nak mintak penampar je?? HAHAHAHA. Ade aku kesah ke??
Yang penting movie RAPUNZEL best gilaaaaaaa !


Boleh tak nak jadi LESBIAN kejap? Hikhikhik.

NGAAA COMEL NYA RAPUNZEL NIHHH. EIII TENGOKLAH MATA BELIAU YANG BULAT TUH. MACAM DAH JATUH CINTA PANDANG PERTAMA PULAK.

Eii tengok tuh. Rasa macam nak gigit. Geram ! First time tau tengok kartun teruja semacam. HAHAHA.



Malam nih nak tido bermimpikan Rapunzel lah !
XD





adegan 23.19: Movie maniac.
Nov 19, 2010 | 11:14 PM | 3 comments

OMG STORYLINE SANGAT AWESOME PAUL WALKER APSAL HENSEM SANGAT MAMAT TUH EVEN ENDING SANGAT SEDIH DAN SYAHDU TAPI SERIUS GEMPAK ADA STAIL SAMPAI LUPA BOYRIEND ADA DUDUK SEBELAH OKAY FINE


BEST GILA NAK MATI CAM HARAM JADAH SASPEN BAGAI RUGILAH SIAPA YANG TAK TENGOK DENZEL WASHINGTON BENCI TAU DAH TUA TUA PON BERLAKON STAIL LAGI CHRIS PINE OMG SANGAT HENSEM OKAY BILA SENYUM SATU PANGGUNG CAIR


CERITA LOSER OKAY MENYESAL TENGOK SEBAB TAK BEST PON INGATKAN MOVIE ACTION KE APA TAPI TAKDE ACTION PON HAHAHA NASIB BAIK HARGA TIKET MURAH SEBAB ADA STUDENT ID NASIB BAIK JUGAK WATAK UTAMA TU LAWA SEDAPLAH JUGAK MATA NI MELIHAT SKRIN WALAUPUN NAK HAMPIR HAMPIR TERPEJAM SEBAB BORING


NAK TENGOK NAK TENGOK TAPI TAK TAHULAH SEMPAT KE TAK OMG BEST GILA TENGOK POSTER PON DAH TAHU CERITA NI BEST OKAY FINE SAKIT HATI BENCI SEBAB RASA MACAM TAK SEMPAT JE NAK TENGOK


p bisik bisik kat s, ramai orang cakap Harry Potter 7 best. Tak, s takkan tertipu lagi. Setiap kali tengok movie Harry Potter mesti kecewa gila sebab jalan cerita SANGAT LAIN dengan novel dan semua movie dia gelap. Okay tak nampak dan tak nampak dan tak nampak. Tak paham pon ye jugak. Jadi s nak stick dengan novel dia aje :)

p bisik lagi, selamat hari raya korban awak, awak, dan awak sekalian. Walaupun dah lepas. Hehehe :)



adegan 23.6: Let the pictures speak for themselves.
Nov 6, 2010 | 8:13 AM | 3 comments

Selamatttt pagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii korang. Haa pronounce betul betul tau. Pagi kasi panjang 8 harkat.

Apsal happy semacam je pagi pagi buta nih? Rajin betul bangun update blog. Lepas tuh gila suruh orang suruh pagi panjang panjang.

HAHAHAHA. Sibuklah kau. Aku kan comel, so biarlah aku nak happy happy. Lalalala.

Kejap lagi dah nak berangkat pulang ke London, my hometown. HAHAHA. Ini statement nak makan kasut, sila abaikan. Baiklah, esok pagi ada paper Human Communication, tapi buku tak habis khatam lagi. Haa macam mana? Pasrah jelah.

Okay okay. Sebelum kita berpisah, mari kita bersama sama berganding bahu(?), membuat tag! Lalalala. Dah lama betul tak buat tag kan? Ada je orang bagi tag sana, tag sinun, tapi biasalah kan, I nih busyyyy. Nak buat tag kena check schedule dulu, free ke tak free. HAHAHAHA. Kau ingat kau Siti Nurhaliza ke hape haa??? Eh bukan ke?? Hehehehe.

You have been tagged!! What you need to do; upload at least 10 of your favorite photos with your friends, and justify what makes them special. Easy, right? Just enjoy this and share the stories behind each of your photos :D

After setahun lebih tak jumpa, she's still my soulmate.
Okay ini gambar dalam fitting room dekat Mines.
Hobby kami pelik. Suka amek gambar dalam fitting room.
HAHAHA.

Ini gambar dengan sepupu, masa open house raya dulu.
Okay tak suka gambar ni. Nampak macam nenek!

Jusco, Melaka. Ini kakak Fasya tengah suapkan saya waffles A&W.
Tengah tengah tuh my roommate, Aziza.

Kekasih saya dekat Matrik dulu. Gambar ni diambil few days before saya keluar. Sekarang makcik ni dekat Terengganu. Rindu :'(

Haa ni a few of my classmate dekat Matrik. Ni masa event bukak puasa dengan praktikum.
Rasanya praktikum kitorang je kot yang takde mentor. HAHAHA. Memang mentee derhaka betul.

Ini pulak my clique dekat Matrik. Masa nih bergambar sebelum nak cuti raya. Amek gambar dalam court squashy. HAHA. Suka sangat gambar nih. And suka korang korang korang. Alamak, rinduuuu :'(

Haa ini makcik sengal aka rakan hang out daripada zaman sekolah sampai sekarang. Hehehe. Ni masa dekat Alamanda. Gila kan, pergi Alamanda pakai baju kurung. Pergi karaoke lagiiiii. BEST.

Gambar nih tahun 2008 kot. Lupa dah. Heheh. Dekat KTM Mid Valley. Singgah jalan jalan lepas penat bersesak sesak kat Pesta Buku Antarabangsa PWTC.

Ini pulak bestfriend masa form 5 dulu sampai sekarang. Gambar ni pon dekat KTM Mid Valley. Kitorang berdating berdua. Lalalala. Harap maaf, gambar gegar sebab makcik ni tak biasa tangkap guna tangan kiri. Lalalala.

My favourite picture of us 8. Masa jamuan raya sekolah 2008.
Kitorang semua pakai baju duet duet. Kalau korang perasanlah.



Eiii tak suka buat tag nih. Hati jadi rindu dekat semua orang. Rasa nak nangis
:'(



adegan 23.3: yang anehlah yang paling kita rindu.
Nov 3, 2010 | 12:42 PM | 5 comments

Aku nih ada hobi hobi yang sangat pelik. Entahlah, tapi aku rasa pelik. Mungkin sebab agak ketandusan kasih sayang dekat rumah(?), jadi bila dok hostel mulalah jadi tak betul sikit.

Dulu, masa zaman Matrikulasi, setiap kali aku dengan roommate aku, Ain Mohamad, ada masa lapang, kitorang suka duduk atas katil rapat rapat lepas tu konon konon berborak isu isu wanita dewasa. Umur berapa nak kahwin, anak nak berapa, macam mana nak bagi kurus badan, macam mana nak mantain kurus lepas bersalin, perasaan nak menghadapi malam pertama nanti, dan macam macam lagilah. Kadang kadang, Ain tengah sibuk buat tutorial, aku datang menyemak, ajak borak borak. HAHAHA. Jahatkan aku?

Lepas tuh, bila masuk Universiti, bertambah pelik jadinya hobi aku nih. Dah kuranglah borak borak pasal isu isu wanita nih, tapi benda lain pulak yang timbul. Aku dengan roommates aku, Kak Yana, Kak Madi, Jija, suka tengok movie. Hampir setiap malam macam tuh. Memanglah tengok movie tu bukan hobi yang pelik. Tapi yang peliknya, kitorang suka hafal dialog movie movie yang kitorang dah tengok. Sangat best. Dah jadi macam satu kepuasan bila dapat hafal dialog. HAHAHAHA. Movie yang selalu kitorang ulang tayang ialah Devil Wears Prada dan Bride Wars. Tapi movie movie lain pon kitorang layan.

Jadi setiap kali kitorang tengok balik movie movie yang dah dihafal dialog tuh, masing masing nak ikut cara pelakon tu bercakap. Kalau sampai situ je takpelah, tak kisah sangat. Ini kadang kadang tengah dok busy buat assignment, ataupon tengah syok syok kudap kudap keropok ikan dan biskut beras, adalah salah seorang daripada kitorang tetiba je sebut dialog dan masing masing yang lain sibuk meneka daripada movie yang mana. Takpon ikut sambung dialog tuh.

Sekarang nih, Kak Yana dengan Kak Madi dah takde. Senior lah katakan, kenalah duduk luar, tak boleh duduk hostel lagi. Jadi yang meneruskan hobi pelik nih tinggallah aku dan Jija aje. Junior baru kitorang yang ganti tempat Kak Yana dan Kak Madi tak berapa nak mengikuti sangat. Diorang segan kot.


Bila rindu nak tengok movie sama sama, facebook lah jadi medium kami.
:)

Rindu nak tengok movie depan laptop 4 orang macam semester lepas.





adegan 23.1: Highway bukan litar lumba.
Nov 1, 2010 | 3:25 PM | 2 comments

Tau tak apa yang paling aku tak berkenan bila bawak kereta kat highway?

Bila nampak encik encik lori serta encik encik bas yang besar lagi gedabak tuh. Setiap kali nak potong mereka, mesti rasa macam nak kena himpit. Pastu tak pasal pasal tetiba je tahan napas dalam kereta. Apa kes? Cikgu Biologi dulu cakap, itu involuntary action. HAHAHAHA.

Bila nampak kenderaan kenderaan berat berkenaan bawak laju, dan drive di lane kanan sekali. Aku pulak yang ngeri tengok. Terpaksa lah turunkan kelajuan kepada 80km/h dan beralih ke lane kiri sebab nak bagi mereka lepas. Biarlah sampai lambat pon, janji aku tak dekat dengan koranggg. Wawaaawaa!


Ke aku sorang je yang rasa macam tu?





Old things | New things