
![]() I am happy Enough said ^_^
![]()
![]() Skin by Ayien
| adegan 21.30: hampir ke situ.
Sep 30, 2010 | 12:10 AM | 2 comments
pejam celik pejam celik dah nak dekat habis semester dah pon. lagi dua minggu dah study week. aish, report berlambak-lambak tak siap. assignment. advertising product. speech to inform. speech to persuade. final exam. ARGHHHHHH ! baiklah mari kita lihat jadual exam final pelajar pelajar mass communication semester 2 UiTM Alor Gajah. 25 Oktober 2010 CTU151(Sejarah dan Perkembangan Tamadun Islam) BEL260(Preparation to MUET) 7 November 2010 COM161(Introduction To Mass Media) 14 November 2010 COM164(Introduction To Human Communication) hohoi. HEAVEN gila jadual exam. sumpah aku tak belajar masa study week nanti. hoho. adegan 21.18: gambar gambar yang boleh bercakap.
Sep 18, 2010 | 9:06 AM | 1 comments
adegan 21.17: penghujung kau dan aku.
Sep 17, 2010 | 11:39 PM | 1 comments
kau layan aku macam sampah. jadi janganlah marah kalau aku buat benda yang sama dekat kau. nak putus kawan? tak payah susah susah. aku dah lama buang kau. adegan 21.13: tag hari raya.
Sep 13, 2010 | 1:32 PM | 0 comments
raya tahun nih macam biasalah. tiap tiap tahun raya rumah rumah yang sama. makan makanan yang sama. jadi dah boring. tapi sup gearbox atok daud memang wajib dijamah. sedap lagi lazat. hehe. namun demikian, part yang best adalah part dapat duit raya. hihi. ziarah ziarah rumah orang, lepas tuh masa nak balik beratur sekali dengan budak budak kecik, konfem atok nenek tuh bagi kat kita sekali. lalalala. kemudian keluarkan kata kata manis 'eh tak payahlah. susah susah je,' tapi tangan dah genggam kuat duit. hikhikhik. it works every year! tak percaya, cubalah! ceh ceh ceh, dah macam iklan kat TV pulak. oleh sebab setiap tahun jalan cerita yang sama, maka dengan ini saye yang comel nih malas nak taip review raya. di tengah hari 3 syawal nih, saye nak buat tag. hehe. tak suka, dialu alukan untuk beredar dengan penuh maruah. raya tahun ini jatuh pada hari apa? jumaat. berapa umur anda pada raya kali ini? 19 tahun 9 hari. kot. koleksi duit raya terbanyak? tak ingat. koleksi duit raya tahun ini?? alhamdulillah adelah sikit :) baju raya kaler ape dan berapa pasang? kaler biru keungu unguan. satu pasang je. mak cakap tahun ni tahun gawat. takleh beli banyak banyak. wuuuu. kuih raya apa yang korang pakar buat? kuih tunjuk. haha. hidangan wajib semasa raya? ketupat. lodeh. sambal tumis. lontong. rendang. kuzi. kuih dan hidangan feveret korang semasa raya lontong dengan rendang! yummy! raya tahun ini meriah ke x? biasa biasa je. raya paling best tahun bile? tahun lepas kott. entahlah. saye bukannye kisah sangat pasal raya raya nih. raya ke berapa sambut bersama pasangan? yang pasti bukan raya pertama. haha. pernah dapat kad raya n paling banyak berapa? masa form five dulu paling banyak kot. pernah hantar kad raya??? pernah. tapi start tahun lepas dah malas dah nak hantar. huhuhu. berapa kad raya yang korang dapat tahun ni? takde. tahun nih tak dapat langsung. aku diabaikan. sedihhhhh. tag lima orang. awak awak awak awak awak adegan 21.8: selamat jalan encik ramadhan. hai hai encik syawal.
Sep 8, 2010 | 1:22 PM | 1 comments
hari nih hari terakhir dekat Bangi. aiceh, bajet macam nak pindah London je kannnn *lempang*. kejap lagi dah nak bertolak balik Batu Pahat. kat sana nanti memang taklah kan saye nak online. internet pon takde. broadband lagilahhhh, jauh panggang dari api. tiba tiba rasa macam nak bawak modem wifi kat rumah nih sekali balik kampung. hehehe. raya tahun nih sangat simple. baju kurung ada sehelai je. tu pon ibunda tercinta yang belikan. saye pulang ke rumah agak lambat. satu family dah pergi shopping. sangat sedih. jadi niat di hati nak pau kekanda kekanda atas saye. tapi kekanda ketiga dah bagi excuse, "aku shopping pon orang belanja. haha. tengah sengkek la sekarang. tunggulah ada gaji lebih, aku belanja." kekanda kedua pula sangat garang, tengok pandangan mata beliau pon saye dah mencicit lari macam tikus comel. err jadi konklusinya di sini, sape sape yang baik hati silalah belanja saye yang comel nih barang jeans sehelai dua. tak pon beg momoe kerrr. hehehe. kasut ballet pon saye terima jugakkk. lalala. baiklah, perlu kemas baju sekarang. ibunda dah bising asyik mengadap laptop aje. SELAMAT HARI RAYA RAKAN RAKAN. MOHON AMPUN DARI HUJUNG TUDUNG SAMPAI HUJUNG KASUT. ps, agak agak raya esok ke jumaat??? adegan 21.7: dulu, kini, dan selamanya, kalian tetap kawan aku.
Sep 7, 2010 | 3:30 PM | 0 comments
salam sejahtera. bertemu kembali kita dalam berita jam 4. seperti yang pengendap pengendap comel sekalian lihat, saya dah tukar layout. err tak puas hati sangat snanyer. tapi takpelah. penat dah jari comel nih mengedit sana sini. tema kita pada syawal tahun ini adalah colourful ye kakak kakak abang abang semua. colourful nampak kemas. walaupun Rain tak setuju, tapi saye tetap setuju. bangun pagi nih terus rasa sakit sakit badan. nih mesti disebabkan tapi itulah kan. bila hang out dengan rakan rakan zaman sekolah dulu, rasa macam kembali balik ke zaman kain biru muda tu. bising, tak matang, bajet hot, mencapub dan lain lain lagi yang sewaktu dengannya. dah lama rasanya tak usha orang dengan begitu jayanya macam semalam. maksud jayanya di sini adalah usha sampai orang tuh perasan diri beliau diusha dan beliau akan bajet macho. hahaha. sangat perasan okehh. last usha orang macam tuh masa zaman sekolahlah. bila dah masuk universiti, dah malas nak pikir hal sekeliling. asyik sibuk pikir nak maintain pointer iceroom korang, kalau nak cerita semua insiden insiden semalam, konfem entry akan jadi sangat panjang tetapi masih comel. jadi meh aku buat ucapan ringkas aje okeh. macam ala ala summary gitu. terima kasih kepada anis syahirah sebab beliau yang plan small gathering nih. even banyak masalah yang datang, kita redah aje okeh anis. juga kepada nur fatihah sebab dah lama tak jumpa beliau gossip gossip macam selalu kat sekolah dulu dan sebab birthday present tuh. sangat comel. macam saye. hehe. kepada diyana amirah yang sering berhalusinasi yang perut beliau mengandungi bayi. dan gas gelak beliaulah yang paling havoc sekali. pembawa budak agaknya. hahaha. dan akhir sekali, kepada hanirah, calon STPM tahun 2010. aku rasa kaulah kot yang paling normal, tak over macam kami. budak STPM memang matang matang semuanya kannn. haha. i love you, friends :) adegan 21.1: another year older. and hopefully, another year wiser.
Sep 1, 2010 | 3:11 PM | 6 comments
gambar adalah sekadar hiasan. saya sangat rindu jejaka buntal tersebut. sangat kelakar bila semua roommate janggut duet sama sama dengan beliau nyanyi lagu happy birthday. haha. I love you, very much lah sayanggg. ohhhh ohhhh dan ohhhhh. SELAMAT HARI JADI FAWH COMEL :) ucapan ikhlas daripada belog awak yang comel jugak nihh :) |