.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 18.25: yess, GEDIK is my middle name.
Jun 25, 2010 | 10:24 AM | 0 comments

malam tadi first time drive jauh jauh.
*takdelah jauh mana, Seremban je pon*

sampai pagi nih masih lagi dalam mood keterujaan dan kejakunan.
hikhikhik.




note to self: fawh, tolong jangan pentingkan diri sendiri. dia bukan milik kau sepenuhnya. you'll end up hurting yourself -_____-'













adegan 18.23: tak suka. tak suka. TAK SUKA.
Jun 23, 2010 | 9:45 PM | 2 comments

tak sukanya tengok jadual sem depan.

benci sangat. BENCI TAU TAK?!!

kenapa kau kambing sangat haa wahai encik jadual?

aku nak balik rumahlah hari jumaat.
=,=









adegan 18.21: bila busy malas update. bila lazy pon malas jugak.
Jun 21, 2010 | 6:39 PM | 4 comments


salam sejahtera. bertemu kembali dalam berita jam 8. hihihi. fawh comel kan nak jadi pembaca berita TV9 nanti (tetiba), jadi kenalah berlatih daripada sekarang. lalalala.

belog sayang, saye baru je balik daripada bengkel motivasi dekat GMI nih. penat. penat dengar ceramah dalam dewan kuliah yang sejuk macam dalam peti ais. fawh adelah seorang makhluk yang berdarah panas, sebarang perubahan suhu, akan menyebabkan hormon fawh jadi tak stabil. rasa macam nak ke alam mimpi gituu. hihihi.

oh sabtu lepas fawh comel tengok Toys Story 3 dekat Mines. Buzz Lighter to the rescue!! awhhhh cerita kartun memang sangat comel kann?? rasa macam nak masuk dalam plot cerita join jadi kartun sekali.

janggut call lepas right after habis bengkel tadi. tetiba beliau ajak fawh comel kahwin. baiklah, sangat pelik. dah lah suara macam ala ala menggoda dengan nada berbisik. tergatal kejap fawh. kejap je tau. kejapppppp jehhhh. sebab lepas tuh janggut potong line bila beliau sebut, "romantik tak? romantik tak?? hehehe." kuajja punya boyfriend. nasib baik comel, kalau tak dah lama aku carik lain. AGAGA.

baiklah, berbalik pada point asal, beliau ajak jumpa Sabtu depan, konon konon nak jumpa buat kali terakhir sebelum fawh comel kembali ke Penjara Melaka =,=" fawh yang comel nih tak boleh nak janji sebab manelah tau kan tiba tiba ada orang masuk meminang hari tu nantiii. kih kih kih. tapi janggut cakap wajib datangggg sebab beliau ada benda nak bagi. baiklah hati rasa terujaaaa sangatttt dan jiwa berdebar debar yuuu. rasa macam nak guna mesin masa doraemon pergi hari sabtu tuh sekarang jugakkkk. boleh tak? boleh tak??










adegan 18.18: entry takde tajuk.
Jun 18, 2010 | 9:59 AM | 2 comments

aku sangat sakit hati.

serius.

rasa macam nak terbalik semua isi dalam rumah nih.

ohh apa guna penat lelah aku selama ni?
kalau last last kau still akan cakap 'tak boleh'?

i guess my dad was right.
they went to different school.


jadi, untuk kurangkan kesakitan dalam hati nih, aku buat blogwalking.
aku rasa korang patot baca nih.
imsoniac

aku tak pernah suka Lady Gaga. lepas baca ni tadi, tambah tambah tak sukalah aku.
tapi tak tahulah nak percaya ke tak :|




adegan 18.17: aku gadis tipikal yang suka bola sebab pemainnya.
Jun 17, 2010 | 12:04 AM | 0 comments
aku tak pernah kisah kalau kau gila bola atau apa apa aje yang berkaitan dengan bola.

tapi aku kisah bila aku merajuk dan kau buat tak kisah.

penatlah.

penat merajuk.

tapi still nak merajuk jugakkkk. haha.

noob.
=_="


fawh comel sedang mengalami tanda tanda awal PMS. jangan kacaulahhhhh. aku emosi.










adegan 18.15: entry segala tag.
Jun 15, 2010 | 1:48 PM | 4 comments

baiklah. entry hari ini khas untuk melangsaikan segala hutang tag dan award yang aku dapat sepanjang 2 minggu nih. ada banyak sangat. tapi aku nak pilih 4 jehhh. hehehe. snanye malas dah nak tekan butang 'older post' tuh banyak kali.

TAG 1: alia

1. go to FACEBOOK photo files
2. select the 8th photo in your profile folder
3. post that photo along with story behind it

gambar nih masa MMS dekat UiTM dulu. tudung coklat tuh fawh comel, selendang hitam tuh jija gloslow merangkap roomate tercinta. hihihi. apa eh story disebalik gambar? hurm, tak ingatlahh. yang pasti fawh comel TAK SUKA MMS. sangat hell.

4. challenge 8 blogging friend to do the same.
.s.
.i.
.c.
.h.
.o.
.m.
.e.
.l.

========================

TAG 2: izah

1)give thanx to the blogger for this award and tagged:
terima kasih diucapkan kepada izzati radhiah di atas award di atas. macam tau tau je aku dah lama mengidam anugerah blogger comel. hikhikhik.

2)ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND
make 15 words from the sentences above no name human, city, road, animal..ex:rain
and dont repeat the word and make sure have meaning
.roller.
.roll.
.coast.
.child.
.run.
.play.
.ground.
.go.
.get.
.test.
.on.
.in.
. cops.
.chaos.
.and.


3) put ur transport picture when u go to school, or class


4) put ur favourite sandle or shoes
aku tak mainlah wedges, heels, crocs, apekadajah haram lagi yang tengah
hot sekarang. aku lagi suka sneakers. tahan lasak. senang aku nak sepak
janggut bila keluar dating. hihihi.



5)pass kpd blogger yg laen..
ha kau yang comel tuh. sile la hamek. aku dedikasi khas untuk kau nih.

============================

TAG 3: cumie

1.Adakah anda happy sekarang?
happy ah. tengah kekenyangan.
makanan memang tak pernah mengecewakan aku. hihi.

2.Nyatakan warna yang anda suka.
7 warna pelangi :)

3.Pernahkan anda menerima tag?
banyak kali dah. sampai muak dah aku ni haaa.

4.Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
food!
babies:)
jejaka hensem(baca: janggut)


5.Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.
tamau. ramai sangat. penat aku. nak tag tiga jerrrr. diulangi, tigaaaaa.

6.Ni soalan cepu emas nih. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
happy la jugakkk.
cukup serba serbi.
family, friends, boyfriend.
suami je takde lagik.
hikhikhik

7.nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.

farah abhalim
gadis kelantan yang merantau ke Bumi Kenyalang untuk mengejar impian dan cita cita. boyfriend beliau roomate janggut. tuh pasal aku kenal. muahaha. kami plan nak buat double date. haha. tapi entahlah. banyak sangat kekangan masa dan keadaan. kalau ada jodoh, adalah tuu.

shalina
ini pulak kawan janggut masa sekola SBPIT dulu. nampak sangat aku nih stalk janggut kan? hahaha. comel je kakak nih. well, pada akulah comel. sekarang menuntut di UTP.

alia
ini pulak kawan shalina. junior abang aku dekat KUSESS dulu. mula mula kenal makcik nih dekat blog je. kemudian, bertemu di KMNS. aku suka badan kau alia. mantap jerrr. ini pujian tulus ikhlas dari hati nurani aku yang suci ni. haha XD

======================

TAG 4: cumie


dah dah. aku malas nak jawab soalan award nih. orang dah bagi, aku amek je.








adegan 18.14: contest pertama sepanjang berblog.
Jun 14, 2010 | 1:30 PM | 3 comments

cumie tag aku dalam contest
anda PHOTOGENIC ?? mari join contest ni. aku usha punye usha, eh macam best je kalau join. hikhikhik.

terms and condition:

1.terbuka kepada
semua peringkat umur.

2.gambar anda
seorang ! kalo ade org lain,saye REJECT, :p muahahaha !!

3.gambar anda mestilar se
PHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P

4.hanya sekeping gambar sahaja di benarkan ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)

5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org[org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P]

7.letakkan
BANNER CONTEST yg ada di sidebar saya di BLOG anda ok ?? :)

8.tarikh tutp contest ini ialah
30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer..jengjengjeng~!! mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p

anda explain ape yg menarik dlm pics anda n part mane yg anda paling suke dlm pics tuh .. senyuman ker , mata yg hot ker .. pape jer lar , make sure berkenaan dgn pics anda ok ?? :)
==========================

jadi gambar bertuah yang menjadi pilihan fawh comel adalahh, jeng jeng jeng!


gambar ini diambil sendiri oleh fawh comel beberapa minggu yang lalu dekat KTM Bangi. masa nih on the way nak pergi sekolah, ambil sijil SPM yang dah berhabuk tuhh. aku suka gambar nih sebab nampak muka aku nampak sangat matang dan sophisticated. muahaha. macam orang besar gitu. dan lagi satu dalam gambar nih aku nampak cerah. haha. favourite part aku tang bibir tuh. janggut cakap macam mulut itik. nak cubit cubit je rasa. awhhh.

stalker stalker bertuah yang akan di tag adalah:

sekian, terima kasih :)








adegan 18.12: satu lagi hari yang gembira.
Jun 12, 2010 | 10:18 PM | 1 comments

salam blog. oleh sebab banyak benda nak story, saye buat dalam bentuk point je la eh. cepat, pantas dan mudah.

1. Lagenda Budak Setan tak best. baiklah. mungkin ada yang cakap best, sedih gila nak mati, nangis nangis dalam panggung, tapi entahlah. aku tak rasa best pon. nangis pon tak. gelak lagi adalah. aku perasan masa awal awal scene Lisa, beliau macam phelat 'R'. memula tuh ingat aku yang mamai, tapi banyak kali kot aku dengar. isk, takkan aku mengigau pulak? jadi aku sound janggut kat sebelah. dia pon perasan. tapi mungkin sebab dia nak jaga hati aku aje. haha. aku rase dia tak sedar pon sampailah aku sound tuh. lepas tuh aku rasa makhluk makhluk dekat belakang aku terdengar ape aku cakap, sebab tiap kali Lisa sebut perkataan yang ade huruf 'R', belakang semua gelak habis. sedih memang sedih. tapi bila dengar phelat heroin tuh, jadik lawak pulak. feel tak sampai. haha.

2. photoshoot dekat putrajaya jumaat lepas memang sangat terbaik! terima kasih kepada encik rafique sebab sudi meng-oofer-kan diri saye untuk menjadi model anda. dan terima kasih kepada janggut sebab sudi menemani fawh comel sekaligus menjadi model sampingan. sorry kalau aku tak pandai posing. hihi :p

3. alhamdulillah, result sem 1 dah keluar khamis lepas. fawh comel berjaya menempatkan diri di dalam senarai dekan! tahniah tahniah. semoga semester semester yang akan datang, fawh comel akan terus dekan! yeah!

4. i love you more, boyfriend :)

5. baiklah, itu saje buat masa sekarang. bai bai blog.







adegan 18.11: another day passed by.
Jun 11, 2010 | 9:35 PM | 3 comments

salam encik blog.

banyak sangat perkara yang berlaku minggu nih.
penat.
tapi berbaloi.
rasa macam dapat durian runtuh.
lepas satu datang, satu lagi datang. dan seterusnya.

nanti bila bila kita story mory ye blog sayang.
:)


ya Allah ya tuhanku, terima kasih :)






adegan 18.6: hati teruja macam cloud nine.
Jun 9, 2010 | 12:12 AM | 5 comments

hai hai hai. haa sampai 3 kali saye hai kalian kalian sekalian hari ini. hihi. lately nih hidup saye dipenuhi dengan warna warna ceria gituu. macam astro ceria. ceriaaaaa (iklan kejap). tapi bila sedih, mak aih. rasa macam nak terjun swimming pool je, tapi tak reti swimming. tunggu prince charming datang save sambil say, "Baby, I'm coming!" awhh, sangat comel angan angan khayalan saye.

bonda offer kerja pagi tadi. hell yeah I'm taking it. tak kisahlah kejap je pon, asalkan ada duit, itu yang kita mau.

saye dah lulus lesen P! yes! yes! dan YES lagi!! haha. ye, taulah saye lambat. korang semua dah lama dapat, tapi tak kiraaaa saye still nak jakun jugakkkkk. AGAGA.

aish tapi memang rasa sangat bertuahlah. saye ingatkan fail. haha. korang bayangkan, masa test bukit tuh, kereta tuh terundur sikit ke belakang masa nak turun. dalam hati dah mencarut carut risau. ahhh bangang kenape kau undurrrrr macam mana nak lulus kalau undurrrr sebab undur konfem fail la bangangggg dahlah encik JPJ tuh pandang je tayar kereta tuh konfem lah die perasan kereta kebelakang bengonggggg. haa tapi parking dan three pointer saye dapat buat buat dengan begitu baik sekali. jadi lepas habis semua tuh, saye tengok salinan keputusan, eh lulus lah. muahahaha. teruja tak terkata.

kemudian, err, jalan raya. baiklah. ini agak hell. saye mengharapkan Tuan JPJ, sekali yang dapat Puan JPJ. jadi segala rancangan gedik menggedik serta gatal menggatal terpaksa dilupakan. hahaha. tau tak saye tak pakai seatbelt masa drive tuhh?? lepas dah kena marah baru terhegeh hegeh nak pakai. hahaha. tau tak saye bawak kereta slow sangat?? kesian Puan JPJ tuh, mulut comel saye asyik mintak maaf je. mesti beliau boring. hahaha. tapi takpelah. let bygone be bygone. aku dah dapat lesen, itu yang penting.

baiklah, encik viva. dah sedia berkhidmat untuk tuan anda yang comel momel nih?! :D







adegan 18.7: update yang random.
Jun 7, 2010 | 11:38 AM | 4 comments


baiklah baiklah. saye masih lagi belum berjaya menonton Lagenda Budak Setan. tapi takpe, kakanda UTP dah pulang, nanti saye cuba try test pujuk beliau. mana tahu tetiba beliau baik hati nak bawak adinda tercomel beliau nih jalan jalan tengok wayang sekaliiii. hehehe.

esok adelah hari yang sangat penting sepanjang saye bercuti nih. tapi tamau ah bagitau. maluuuu. hahahaha. tidak tidak, bukan kahwin. kalau kahwin konfem aku tak malu gituuuu. kejiiiiii. hikhikhik. ape ape pon tolong doakan kejayaan saye, wahai pengendap pengendap comel sekalian.

baiklah, dah sebulan berlalu. saye ada sebulan lagi sebelum masuk UiTM balik. result keluar khamis nihhh. HOMAIGAD HOMAIGAD. saye sangat cuakkk tapi nasib baik still boleh control comel lagi. sila lempang sekarang. hehehe.

saye dan janggut masih lagi macam dulu. semalam tetiba saye nangis. saye baru perasan sesuatu pasal beliau. dan saye macam, shit la kau comel. macam mana boleh tak sedar? dan bila sedar semalam, air mata terus mengalir keluar. sweet gituuu, ai cakap yuu. lepas nih kalau gaduh gaduh, kenang balik segala benda baik yang pernah janggut buat, mesti lepas tuh perasaan marah terus surut :)

tapi sekarang saye dah realistik. dah tamau hidup dalam fantasi lagi. kalau ade jodoh, insyallah kahwin. andai takde jodoh, saye tetap akan ingat janggut sampai bila bila. beliau kan cinta pertama saye :)









adegan 18.4: The legend of the satan.
Jun 4, 2010 | 1:15 PM | 5 comments


aku nak tengok LAGENDA BUDAK SETAN.


sape baik hati nak ambil fawh comel dekat Bangi dan belanja dia tengok wayang sekaliiiiiii???
please please PLEASEEEEEE.








adegan 18.3: sekali dua memang seronok. tapi lama lama jadi jengkel.
Jun 3, 2010 | 11:08 AM | 2 comments
baiklah pengendap pengendap tegar sekalian, hari ini mari teman fawh comel menghabiskan tag yang berbakul bakul di luar sana tuh. kalau buah durian yang berbakul bakul takpelah jugak, sungguh enak dimakan selepas dikupas. muahahaha.

Tugasan TAG : Award + Tagged
(a) Buat entri berterima kasih atas award yang diberikan.
(b) Berikan kepada 10 / 20 / 30 orang rakan blog korang.
(c) Beritahu kepada rakan - rakan korang bahawa mereka memenangi Award tersebut.
(d) Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri.


alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saye berpeluang menerima anugerah ini. pertama sekali, ingin saye mengucapkan jutaan terima kasih kepada piqa sayang, dan jugak syafeeq sayang. tanpa kalian, tak mungkin diriku yang comel nih mampu meraih anugerah comel seperti ini.
hikhikhik. rasa macam menang grammy jerk. lalalala.

7 perkara tentang fawh:
1. tak pandai masak
2. tak pandai lipat baju
3. tak pandai kemas bilik
4. tak pandai cuci lantai
5. tak pandai basuh pinggan
6. tak pandai buat air
7. serba serbi tak pandai

malang betul nasib bakal suamiku nanti. hahaha.

saye tamau pass award nih dekat sape sape. award nih saye yang punya! sesiapa pon tak dibenarkan mengambilnya daripada belog saye. biarlah saye yang terakhir mewarisinya (sila baca dengan penuh dramatik).

=================================================

ini pulak anugerah daripada izzah.
terima kasih daun keladi,
ade award lagi, rajin rajinlah bagi.

==================================================

perhatian kepada gadis nik lisa. tag kau tuh aku dah pernah buat. dan aku sangat tak rajin nak buat lagi sekali. hihihi.


ps, takdelah berbakul bakul sangat. 2 je kotttt.

pesanan penaja: tengah tunggu anugerah blogger comel. hihihi.







adegan 18.2: Nota buat encik hati.
Jun 2, 2010 | 10:59 AM | 4 comments

Jangan kecil hati.

1. Jangan kecil hati bila dia balas text kau 3o minit sekali.

2. Jangan kecil hati bila dia tertidur masa text kau.

3. Jangan kecil hati bila dia huhahuha dengan kawan kawan sampai lupa nak balas text kau.

4. Jangan kecil hati bila dia pilih futsal daripada text kau.

5. Jangan kecil hati bila dia tak bagitau dia tengah buat apa.

6. Jangan kecil hati bila dia tak cerita kehidupan hari hari dia.

7. Jangan kecil hati bila dia tak pernah mengadu dekat kau.

8. Jangan kecil hati bila kawan kawan dia lagi kenal dia daripada kau.

9. Jangan kecil hati bila dia cuma jumpa kau sebulan sekali.

10. Jangan kecil hati bila dia kena balik awal setiap kali jumpa kau.

11. Jangan kecil hati bila dia tak pandai nak pujuk kau.

12. Jangan kecil hati bila dia tak pernah ada usaha nak belajar pujuk kau.

13. Jangan kecil hati bila dia tak pernah ajak kau keluar ramai ramai dengan kawan kawannya.

14. Jangan kecil hati bila dia selalu ingat kau tak kisah padahal kau sangat kisah.


mana ada aku kecil hati.
dah 3 tahun dah pon.







adegan 18.1: entry kurang penting.
Jun 1, 2010 | 11:38 PM | 0 comments
hai blog comel lagi lawa. aku dapat banyak tag. adeh. nantilah buat. bersabar ye wahai pemberi pemberi tag sekalian.

oih aku buat blogwalking tadi. jumpa satu blog terbaik dari ladang. err walaupun agak merepek dan merapu serta meraban, tapi baca sebagai bacaan ringan, takpelah kot. agak enjoylah baca. sumpah terkeluar sedikit kata kata kurang manis dari mulut aku yang manis nih tadi. seperti "eh bangang", "haha. bodohnye", "gile GS perempuan nih", dan lain lain yang sama waktu dengannye.


sekarang nih da macam trend kan like like dekat facebook. sape yang tak tekan butang like tuh nampak macam sangat loser. haha. jadi aku pon tak terkecuali. i mean, aku tamau jadi loser. loser sangat tak cool. macam glee. haha.

minggu lepas pergi sekolah hamek sijil SPM. err tamau cite banyak banyak. harap sijil je cantik, tapi result tak cantik mana pon. haha. tapi takpe, we moved on. cewahhh. dapat jumpa dengan guru paling gedik di dunia, teacher Huda. haha. peluk peluk bagai. macam dalam TV show Jejak Kasih di TV3 (yeke? aku hentam je nih) dulu. ape? nak gambar? okelah, aku letak gambar. bagi lepas gian korang dekat aku. kehkehkeh. sila muntah sekarang.

thanks wanda for the picture.


eh sape tau macam mana nak letak link 'like' daripada facebook dekat entry? sila ajar.








Old things | New things