.fawh.


I am happy
Enough said
^_^













Skin by Ayien
adegan 1.30
Jan 30, 2009 | 8:58 PM | 7 comments
aku buntu.jiwa kacau.fikiran bercelaru.

aku ingin terbang.tolong,benarkanlah aku menyentuh awan.

kali ini saja.

People who are meant to be together always find their way in the end.

adegan 1.27
Jan 27, 2009 | 10:18 AM | 5 comments
teruja.ya,aku teruja.pertama kali(yeke?)online dekat CC jadi aku agak macam batak sikit.selama ni on dekat rumah aje.pengguna setia streamyx lah katakan.tapi sekarang aku dekat kampung.lebih terpirinci lagi: parit tegak,batu pahat.

kampung aku memang kampung betul.nenek aku mana main benda-benda moden macam ni.komputerlah.internet lah.astro pun takde.jadi aku yang dah bosan gila nak mati ni pun menggatallah ikut adek sepupu aku ke cyber cafe.

tapi aku rasa macam budak jahat je kalau masuk CC ni.yelah,CC kan seringkali dikaitkan dengan segala isu gejala sosial remaja masa kini.haha.

tapi......betullah.kan?


Sometimes people disappoint you, sometimes they surprise you, but you never really get to know them until you listen for what's in their heart.


adegan 1.25
Jan 25, 2009 | 4:14 PM | 6 comments
aku suka pandang lelaki berkemeja(selain daripada kemeja sekolahlah).nampak kacak.yang tak kacak pun boleh jadik kacak.kemeja buat lelaki nampak kemas.nampak macam orang kaya.haha.lagi-lagi kemeja kaler hitam.aku tak tahu kenapa,tapi aku memang tergoda bila mengusha lelaki berkemeja.

pelik?mungkin kot.

Why is it that it's so much easier to forgive a stranger than someone you love?

adegan 1.24
Jan 24, 2009 | 6:13 PM | 7 comments
semalam aku terbuka channel kirana.dah bosan gila nak mati melayan batuk aku yang tak baik-baik ni.tengok-tengok cerita best pulak!200 pounds beauty.tapi alamak,pukul 6.30 tadi start.masa aku bukak tv tu lebih dan kurang pukul 7.40 malam.ah,tak kisahlah.layan aje.memang layanlah cerita dia.aku sukalah jugak sebab watak hero dia agak kacak.haha.

dalam movie tu aku terdengar lagu best,Maria.aku pernah dengar lagu tu dulu tapi tak ingatlah pulak kat mana.jadi aku pun downloadlah kan.hahah.jadi sekarang tengah batak dengan lagu Maria.aku tak tahu kenapa tajuk lagu dia Maria sebab nama perempuan tu bukannya Maria pun.mungkin dia nak sesuaikan dengan lirik kot.

si danny minta aku tolong buatkan rangka karangan Terima Kasih Guru untuk dia.alamak,aku dah lama tinggalkan dunia penulisan sekolah.hahaha.dia kata itu pertandingan dan dia nak menang.dia nak menang tapi aku yang jadik mangsa.memang tak adil betul kan?aku ni kalau penulisan bahasa melayu agak tak suka sikit.bukan apa,selalu buat panjang-panjang pun markah yang paling tinggi aku pernah dapat 70/100.macam tak seronok langsung.dahlah ayat kena baku gila nak mati.nasib baiklah si danny ni hensem,cairlah jugak hati aku ni nak tolong dia.

The best thing to do with the best things in life is to give them up.

tagged handwriting
Jan 23, 2009 | 4:04 PM | 5 comments
aku di tagged fa

aku sebenarnya tidak berapa faham dengan dengan segala macam hal mengenai perihal tagged ini.tapi aku perhatikan apabila anda ditagged,anda perlu membuat perkara ya
ng sama.jadi aku konklusikan benda alah ini lebih dan kurang seperti survey yang seringkali aku post di buletin.

1. Write on a piece of paper each:
-Your name/user name
-Right handed/left handed

-Your favorite word to write

-Your least favorite word to write
-Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog"
-Write down 10 bloggers that you want to tag

2. Take pictures of your wo
rk and post it in your blog.

-my name and my username


-right handed



-left handed

huduh gila nak mati.wawaa.


-favorite word to write


HEBAT kan?hahaha.


-least word to write

ayat ni mujarab untuk menjengkelkan orang.hahaha.jarang tulis,selalu guna mulut je sebut.abang aku pernah cakap dia rasa macam nak tampar je bila dengar.



-"The quick brown fox jumps over the lazy dog"



-10 bloggers

ini ajelah yang aku mampu.huhu.

lama gila nak siapkan tagged ni.sambil terbatuk-batuk aku upload gambar.haha.pada sesiapa yang nama dia ade di atas,amatlah dialu-alukan ye tapi aku takdelah nak paksa.kalau tak nak buat pun takpe.





adegan 1.22
Jan 22, 2009 | 5:02 PM | 4 comments
ah,permulaan tahun yang sangat tidak memberangsangkan.sekiranya keadaan ini berterusan sehingga bulan 2,bulan 3,masaklah aku.masuk kali ini,sudah tiga kali aku demam dalam bulan januari sahaja.oh tak sanggup rasanya.batuk aku pula,tidak baik-baik sampai sekarang. kesian suara aku.tak boleh kembali normal.kesian terpaksa menjadi rock buat seketika.penatnya terpaksa batuk hampir setiap saat.lagi memenatkan apabila aku dipaksa oleh batuk untuk bangun pada tengah malam.ah,tensilah begini.

dah 2 hari tak masuk kerja.rindulah dekat diorang.wawaaa.tapi tengah hari tadi,mak bawak kejutan.kejutan yang sangat mengejutkan.si kembar,kak long dan kak ngah datang rumah!rindunya aku kat diorang!!tak sangka mak bawak diorang balik rumah.thanks mak!thanks sangat-sangat! memang seronok sangat tadi.they made my day!tapi kak ngah tak tahu kenapa excited tak tentu pasal tadi.selalunya dia yang bad mood.kak long pulak yang macam agak lost.mungkin persekitaran yang berbeza kot.hahha.atau dah tukar personaliti(logik ke?).

tapi aku nk tergelak bila dengar kak ngah tanya,"cikgu ogy demam erk?"wawaaaa.pasti diorang pun rindu kat aku jugak.puaslah aku peluk cium mereka tadi.heheh.sempat tidur dan makan lagi.oh tolong tuhan,aku nak sembuh cepat.aku nak pergi kerja!!

ubat batuk macam tak jalan je.

madu pun dah cuba jugak.

The question is not whether we will die, but how we will live.

tunjukkan aku
Jan 18, 2009 | 10:09 PM | 0 comments

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh…

Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?

Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu

Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?

Tuhan, tunjukkan aku


adegan 1.18
| 9:34 PM | 2 comments
aku tidak boleh lemah seperti ini.oh tuhan,bantulah aku mencari kekuatan untuk menjadi lebih berani.andai kata perpisahan itu lebih baik,aku pasrah.

please tell me that he isn't worth it for everything single sin that i have done.

adegan 1.17
Jan 17, 2009 | 10:49 PM | 3 comments
hati manusia seringkali membenarkan nikmat dunia membutakannya.

ah,betapa hipokritnya aku yang hari ini.

When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.

adegan 1.16
Jan 16, 2009 | 11:16 PM | 3 comments
wawaa.sudah berapa lama aku tidak menaip blog?dua hari?tiga hari?banyak sangat yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan aku teramatlah sibuknya(menipu) untuk membazirkan masa di hadapan komputer seperti selalu.

aku terpaksa manjadi guru kembali.aduh!sialan kepada cikgu baru itu.suka benar buat masalah.kan dah memberi masalah kepada aku pula sekarang ini.tapi ada baiknya juga.dapatlah aku ubat rindu aku kepada kanak-kanak itu.seronok!

oh aku masih belum cerita apa terjadi sebenarnya pada hari selasa yang lalu kan?hahaha.tey,sila jangan ngada-ngada tanya aku pergi ke mana.tapi hari itu memang seronok sangat!rasa macam tak nak balik rumah.aku nak berada di situ dengan 'dia' selama-lamanya(ya,jiwang rakan-rakan).





he is the person I want standing next to me when all my dreams come true.

adegan 1.12
Jan 12, 2009 | 8:47 PM | 5 comments
hari ini?bak kata F,"hari ini macam bosanlah." betul,F.aku setuju dengan kau.hari ini memang agak bosan.tapi hari ini aku tak masuk kerja.hahaha,agak seronok juga kot.

esok?haha.aku tak sabar menanti hari esok.sabar,fawh.sabar.tak lama aje lagi nak menjelang esok.ada apa dengan esok?jeng,jeng,jeng.nantilah.esok bila dah terjadi baru aku cerita.sekarang ini,aku tengah dalam dilema nak memilih baju untuk hari esok.aiwah(ayat F),macam nak jumpa bakal mak mertua pula kan?haha.tapi aku ingat nak pakai baju kurung moden aku yang warna HIJAU itu kemudian matchkan dengan jeans.oh macam cantik! =)

we sing,we dance,we steal things.

adegan 1.11
Jan 11, 2009 | 9:06 PM | 0 comments
adegan 1.10?hilang.vanished.undetected.merajuk mungkin.

suara aku makin teruk.oh aku sudah tidak perlu menjadi guru lagi mulai esok.waa,sedih pula terpaksa berpisah dengan kanak-kanak comel itu.emak cakap sudah dapat cikgu baru jadi aku boleh fokus pada bahagian kewangan tadika.

isk,isk,isk.kena pegang duit??

Because, sometimes, you have to step outside of the person you've been. And remember the person you were meant to be. The person you wanted to be. The person you are.

adegan 1.9
Jan 9, 2009 | 9:02 PM | 3 comments
arghh,bencinya.

mari,mari.kita tumbuk bantal.

we don't choose who we love... it just happens
.


adegan 1.8
Jan 8, 2009 | 10:11 PM | 2 comments

mari,mari.aku mahu tunjukkan gambar-gambar pelajar di tadika.dan aku tahu,kalian juga akan bersetuju dengan aku yang mereka memang sangat mententeramkan mata(walaupun jiwa kacau-bilau dek melayan kerenah mereka).ya,aku yakin akan perkara itu.

hari ini,berlaku beberapa insiden(??) yang sangat menggelikan jiwa raga aku.sudah agak lama aku tidak gelak seperti hari ini. kesimpulannya,memang lawak gila babi(bahasa remaja zaman moden). aku in charge dalam memantau pelajar perempuan ke bilik air untuk bersiram setelah tidur petang,petang tadi.seperti biasa,aku perlu menjerit dan melolong seperti kuntilanak barulah mereka mahu bergerak(itu pun gerakan slow motion).sedang aku menyiapkan diri beberapa orang pelajar 4 tahun,beberapa orang pelajar yang sedang bersiram bergegas keluar dari bilik air sambil terjerit-jerit.aku bukan kepalang marahnya, sudahlah suara tinggal nyawa-nyawa ikan,mereka buat hal lagi.lalu aku bertanya(sambil menahan gelak melihat pelajar-pelajar itu yang masih lagi bersisa sabun pada badan).mereka terjerit-jerit berkata bahawa ada LIPAS di dalam bilik air.aku seperti hendak tergelak.saqeena,yang masih lagi berada di dalam bilik air (konon bajet berani agaknya) disuruh aku untuk meyiram lipas itu menggunakan paip getah.oh aku juga geli dengan lipas dan oleh kerana aku tidak menjumpai ridset,aku jadikan saqeena sebagai mangsa untuk membunuh lipas itu.masalahnya,lipas itu seperti seronok disiram air(mungkin lipas ini kegemarannya ialah mandi).

saqeena tidak berjaya membunuh lipas itu.malah,lipas itu terlepas keluar ke bilik tempat mereka menukar pakaian.jadi apa lagi,berlarilah budak-budak tu seperti nampak pocong melompat mengejar mangsa. lalu sebagai seorang cikgu yang prihatin,aku berjaya membunuh lipas itu menggunakan kerusi plastik sebagai senjata.isk, terbelah dua badannya.jadi,tamatlah riwayat seekor lipas.lalu, dengan jeritan,aku menyuruh mereka menghabiskan penyiraman mereka dengan segera.

namun,tidak sampai 5 minit,sekali lagi,mereka terlolong dan terjerit sambil tergedik-gedik keluar dari bilik air.aku sudah tidak tahan.apa pula kali ini?"cikgu!!!!!!!!!!!!!!ade lipas lagiiiii!!!!"ah,bukankah sudahku bunuh lipas itu?buktinya,itu mayatnya."ade lagi satu lipas cikgu!!!"kali ini,memang aku mahu gelak besar.tapi apakan daya,suara aku sudah jadi seperti suara miley cyrus.jadi tidak dapatlah aku gelak dengan nikmatnya.tapi banyak betul lipas dalam bilik air tu.haha.

sambil tebongkok-bongkok ketawa,aku berjalan menuruni tangga untuk meminta pertolongan.lalu,kak zah sambil tergelak mendengar cerita aku,bergegas mengekori aku menuju ke atas.ah,nasib baik ada kak zah.lipas yang kedua itu telah pun ditamatkan riwayatnya menggunakan selipar tandas.banyak betul kes pembunuhan pada petang itu.tapi kasihan si izzah,dek kerana lipas itu,dia sudah tidak mahu bersiram lagi.menangis-menangis apabila aku mengajak dia menghabiskan siraman.dengan putus asa,aku pakaikan dia baju. sudahlah,malas aku mahu paksa-paksa.

itu insiden pertama.insiden kedua pula,berkaitan si kembar irsyad dan irfan.irsyad suka menjawab,irfan pula agak pendiam.tapi kedua-duanya memang manja dengan aku.tadi irsyad duduk di atas riba aku.

fawh: irsyad,bile besa nanti nak kawen ngan cikgu tak?
irsyad: nak!
fawh: (wow,bestnyer aku!)Kawen dgn cikgu nana nak x?
irsyad: xnak!nak kawen dengan cikgu!
fawh: irfan,sini kejap.irfan nak kawen dengan cikgu x?
irfan: nak.
fawh: (aduh,lembutnye suare)mcm mane ney?irsyad pon nak kawen dengan cikgu jgak.
irfan: irsyad kawen dengan cikgu azizah.
irsyad: xnakk!!nak kawen dengan cikgu ney!
fawh: dengan cikgu aida nak x,irsyad?
irsyad: xnak!xnak!!

aku ajar mereka perkara-perkara yang tidak sepatutnya kan?haha. kalaulah mak dengar,memang sadaqallahulazimlah aku.kesimpulannya,aku memang diminati oleh kanak-kanak.apa lagi yang boleh dibuat,terima ajelah(poyo).tapi aku tak tahu nak pilih siapa.irsyad atau irfan?irsyad kot.irfan baik sangat.macam bosan pula.haha.tak lama kemudian, irsyad merajuk sebab kena marah dengan aku.kesian.hahah.tapi macam comel pula bila irsyad merajuk.

Do not look back and grieve over the past, for it is gone; and do not be troubled about the future, for it has not yet come. Live in the present, and make it so beautiful.











adegan 1.7
Jan 7, 2009 | 10:54 PM | 0 comments
aku mengantuk.

mari rakan-rakan.kita masuk ke bilik.



Somewhere along the line, I started hurting the people I care most about, and I can't figure out how to stop.

adegan 1.6
Jan 6, 2009 | 9:10 PM | 0 comments
nasib baik,hari taklah seteruk semalam(walaupun masih ada lagi yang menangis macam nak runtuh rumah) tapi secara kesimpulannya, taklah seteruk semalam.aku sudah tahu nama si kembar tu tapi aku lupa(esok mesti kena ingat,fawh!).haha.

aku sudah dapat mengawal pelajar-pelajar aku sekarang.tapi masalahnya lain pula yang timbul,APA YANG PERLU AKU AJAR MEREKA?aduh,memang memeningkan kepala.mak suruh aku lihat- lihat silibus 4 tahun.aku adalah meninjau-ninjau(yeke?) sedikit,tapi aku masih tak faham.sekarang baru aku tahu,bukan mudah untuk menjadi seorang guru.lebih-lebih lagi yang tiada pengalaman macam aku ni.susa gila sial.kelas aku sudah 2 hari main. kelas-kelas lain sudah mula belajar.malunya dengan cikgu-cikgu yang lain.sabar,fawh. sabar.engkau perlu buat homework malam ini juga! yeah!aja aja fighting!

hanni sudah melekat dengan aku.susah betul jadi orang yang disukai ramai ni (berlagak).haha.semuanya nak berkepit dengan aku. sudahlah aku ni kecik aje orangnya(tipu!).nadiah,hanni,amyra,siti, adawiyyah,semuanya bukan pelajar aku tapi suka sangat nak rapat- rapat dengan aku.nasib baik aku ni jenis yang tak kisah rapat-rapat dengan kaum sejenis,haha.aku paling suka nadiah.dia memang comel gila nak mati.aku kenal dia tahun lepas ketika aku dipaksa emak untuk menjaga budak-budak tadika di tadika.baru kenal tak sampai satu jam,dia sudah mesra dengan aku.oh seronok betul bila ada budak comel macam dia nak dekat aku.

live each season as it passes.Breathe the air,drink the drink,taste the fruit,but resign yourself to the influences of each.

adegan 1.5
Jan 5, 2009 | 10:32 PM | 0 comments
hari ini hari pertama aku bekerja.konon dah dewasa la sangat, berlagak kasi tahu aku da bekerja.haha.penat ya amat!aku pula ada selesema,jadi badan cepat letih,kepala macam nak pecah mendengar tangisan,raungan,dan segalanya yang berkaitan dengan kanak-kanak di hari pertama persekolahan.

keluar aje dari pintu kereta,aku tengok kak zah dan kak nana tengah memujuk 2,3 orang budak yang nak pulang sambil menunjuk-nunjuk ke arah aku.ah,sudah.menangis?kenapa ramai sangat yang menangis ni?kebetulan yang menangis semuanya pelajar di bawah jagaan aku,pelajar 4 tahun.damn,siy0d.nangis tak payah datang sekolah la.setelah hampir sepuluh minit di luar memujuk,kitorang berjaya pujuk diorang masuk kelas. punyelah penuh dalam tadika tu,ya allah!pulak tu yang menangis 3,4 orang je,tapi macam nak runtuh rumah.

tapi yang paling aku tak tahan bila ada parents jumpe aku personally dan bagitahu anak dia masih pakai pampers dan minum susu dalam botol.aduhai,aku nak kena tukar pampers?bancuh susu?biar betul?! mane la reti weh.0h memang pengalaman pertama betul pagi tadi.

ah,hari yang memenatkan.namun,aku rasa itu semua berbaloi bila tengok muka- muka mereka yang comel tak hingat tu.oh aku memang suka gila dengan budak-budak.dalam kelas aku ade sepasang kembar.aku tak tahu lagi nama diorang apa, esok tau kot.tapi yang sorang tu kak long,yang sorang lagi kak ngah.memang comel gila.kemudian,seorang pelajar 5 tahun,Hanni. pon comel gila nak mati.muka macam cina.rasa macam nak bawak balik aje sorang dua.hahah.

As happens sometimes a moment settled and hovered and remained for much more than a moment. And sound stopped and movement stopped for much, much more than a moment. And then the moment was gone.

adegan 1.4
Jan 4, 2009 | 3:07 PM | 0 comments
seringkali,kita korbankan kehidupan sendiri demi kebahagiaan orang lain.

kelakarnya apabila orang lain itu,tidak pernah memikirkan akan kebahagiaan kita.

In the end, the journey is the destination.

adegan 1.3
Jan 3, 2009 | 8:36 PM | 0 comments
semalam,aku baca buku UJANG dan aku terbaca sesuatu fakta yang aku tak pernah tahu sebelum ni.jadi aku rasa aku nak kongsikan dengan siapa-siapa yang turut tak tahu macam aku jugak.


KATEGORI BURUNG DAN PERSAMAAN DENGAN PEREMPUAN

burung serindit
sedap mata memandang..genit,manis,manja tingkah lakunya.ni anak-anak dara depan rumah.

burung cenderawasih
cantik dan sangat menawan serta bertenaga bila beraksi.seronok dibayangkan..ni artis jelitawan hollywood dan bollywood kt TV.

burung merbuk
penampilan biasa-biasa aje..nak kata cantik,tak cantik.sederhana dan tak berlebihan tapi tetap memikat.ni bini kawan.

burung tukang
jenis ni biasanya dijeling-jeling aje.dalam hati rasa meluat semacam..ni kawan sepengumpatan bini pasal laki masing-masing.

burung kakak tua
sesetengahnya masih menarik dan cantik tapi bila kita cakap mesti dia menjawab balik..nilah bini sendiri.

aku tak tahulah sekuat mana kebenaran fakta ni since aku bukannya kenal sangat burung-burung ni.tapi fakta yang sangat menarik.

There are things that are known and things that are unknown and in between there are doors.


adegan 1.2: aku suka mencarut. so wut??
Jan 2, 2009 | 1:30 PM | 0 comments
arghh..!!geram sangat ari ni.membencikan.rasa menyampah yang amat.aku cuma mengharapkan sedikit kerjasama dari mereka.susah sangat ke?tolonglah,buat kali yang terakhir,fahamilah aku. sesungguhnya aku amat benci hidup dengan bergantung kepada orang lain. kerana apa?kerana apabila kita bergantung dengan orang lain,inilah jadinya.

And once you lose yourself, you have two choices. Find the person you used to be or lose that person completely.

adegan 1.1: nak tengok firework.sape nak bawak aku?
Jan 1, 2009 | 12:15 AM | 0 comments
tahun baru.azam pon baru.oh mungkin korang dah lali dengar; 'azam aku tahun ni nak merealisasikan azam tahun-tahun yang lepas'.haha. macam bodoh kan?tiap-tiap tahun itu aje la azam dia.aku pun ada juga azam baru.tapi aku tak nak la cerita, nanti tak jadi buat malu je.masuk tahun baru ni,aku nak buka buku baru la. banyak sangat kenangan yang tak berapa nak manis masa 2008 yang kalau boleh aku tak nak pun ingat.kalau boleh,aku nak otak aku dapat amnesia untuk taun 2008 je, haha.kalau boleh la.tapi sebanyak mana pon aku yakinkan diri aku untuk move on dan ape-ape lagi ayat yang sewaktu dengannya,aku tahu bukan mudah.bak kata abang aku, "bukan senang nak senang".macam semalam, tiba-tiba ja aku rindu kat x-besfren aku.aku pon tak tahu kenapa.out of the blue betul.mungkin sebab aku TERview page ms dia kot.dan betape aku rindu sangat dekat dia.dan dia juga,adalah diantara sebab kenapa aku nak alami amnesia untuk 2008.jadi untuk 2009,aku harap akan menjadi lebih baik daripada 2008.ini bukan azam,tapi harapan semata-mata(ade beza ke?),hahah.


Life is short and opportunities are rare. And we have to be vigilant in protecting them and not only the opportunities to succeed but the opportunity to laugh , to see the enchantment and to live. Because life doesn't owe us anything, In fact I think we owe something to the world.


| New things